Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) ditubuhkan pada 12 Oktober 2006 dan mula beroperasi dari pejabatnya mulai pada 15 Mei 2007. IINPPi ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1960 bagi menyahut seruan YAB Perdana Menteri bagi melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) di peringkat negeri. Halatuju IINPPi dipandu dan dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Falsafah IINPPi adalah untuk meningkatkan Integriti masyarakat Pulau Pinang sebagai suatu cara hidup rakyat melalui amalan prinsip-prinsip etika dan nilai-nilai murni. Pendekatan falsafah ini berteraskan kepada slogan ¡®Peneraju Masyarakat Berintegriti¡¯ dan melibatkan seluruh komponen masyarakat Pulau Pinang merangkumi semua sektor dengan penekanan utamanya kepada sektor awam.

Namun begitu sebagai tambah nilai, IINPPi telah melebarkan sayapnya dengan memberikan juga tumpuan kepada pembangunan sumber manusia dan pembangunan bakat manusia secara umumnya melalui pendekatan ¡®total integrity¡¯ataupun integriti secara holistik. Justeru, program dan aktiviti IINPPi adalah pelbagai, merangkumi pelbagai aspek keperluan pembangunan sumber manusia dan pembangunan bakat manusia. Secara dasarnya, ianya dapat mewujudkan platfom kepada peningkatan tahap kesedaran masyarakat dan platfom kepada pemasaran integriti secara holistik kepada masyarakat.

IINPPi juga berganding bahu dengan lain-lain agensi pelaksana awam dan swasta bagi memantau dan menggerakkan usaha membudayakan integriti dan pembangunan sumber manusia dan pembangunan bakat manusia kepada seluruh komponen masyarakat.

FUNGSI-FUNGSI IINPPi

Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan masyarakat serta lain-lain kajian dan penyelidikan;

Memberi panduan dan bimbingan tentang pembentukan integriti di tempat kerja;

Menyertai ¡®road show¡¯ dan pameran integriti daripada penganjur luar;

Memenuhi undangan dan jemputan program latihan daripada institusi dan organisasi;

Menganjurkan kursus, ceramah, seminar, forum, bengkel, persidangan, ekspo, pameran, acara sukan dan acara kemasyarakatan;

Mewujudkan kerjasama penganjuran program pendidikan dan latihan serta penyelidikan tentang institusi dan masyarakat;

Memberikan khidmat nasihat mengenai pengisian dan pelaksanaan program-program berkaitan integriti dan program-program lain;

Membekalkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak berkaitan integriti mengikut permintaan dan keperluan;