PROGRAM IINPPi TAHUN 2008


Kursus Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti Dalam Perkhidmatan Awam –14 & 15 Oktober 2008
Kursus Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti Dalam Perkhidmatan Awam ini telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Kursus kerjasama oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang ini telah dihadiri seramai 42 orang pegawai dan kakitangan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Sokongan.


Seminar Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti –
21 Jun 2008

Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu Seminar Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang. Seminar sehari ini telah dirasmikan oleh Ketua Hakim Syarie, Y.A.B. Dato’ Haji Md. Yusup Bin Che Teh. Seramai 59 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kehakiman Syariah kumpulan Pengursan dan Profesional serta kumpulan Sokongan telah menghadiri seminar tersebut.


Seminar Ke Arah Memantapkan Integriti Agensi Penguatkuasa –
21 Mei 2008

Satu Seminar Integriti yang bertajuk ‘Ke arah Memantapkan Integriti Agensi Penguatkuasa’ dengan kerjasama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah diadakan di Auditorium MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Encik Farizan Bin Darus dan telah dihadiri seramai 150 orang pegawai penguatkuasa MPSP.


Bengkel Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti –
14 & 15 Mei 2008

Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengadakan Bengkel Integriti ‘Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti’ untuk kakitangan MPPP kumpulan Sokongan dan seramai 33 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini telah diadakan di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Pulau Pinang.


Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti – 13 & 14 Mei 2008
Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang telah mengadakan satu Bengkel Integriti ‘Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti‘ bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang. Bengkel ini telah dihadiri oleh 40 orang kakitangan kumpulan Sokongan dari Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.


Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti –
7 & 8 Mei 2008

Bengkel Integriti ‘Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti’ telah dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam bengkel ini adalah wakil dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan dari Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang dan seramai 40 orang peserta telah mengikut bengkel yang dijalankan selama 2 hari ini.


Kursus Pembangunan Individu dan Perkhidmatan Awam Berintegriti –
6 & 7 Mei 2008

Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUK) telah menganjurkan satu Kursus Integriti ‘Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti’ bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang. Bengkel selama 2 hari ini telah disertai oleh 33 orang pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUK).


Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti – 29 & 30 April 2008

Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti bertempat di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth, Pulau Pinang. Bengkel ini telah dihadiri oleh 35 orang pegawai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari kumpulan Pengurusan dan Profesional.


Bengkel Pembangunan Individu dan Perkhidmatan Awam Berintegriti – 21 – 23 Mac 2008

Bengkel Integriti ‘Pembangunan Individu dan Perkhidmatan Awam Berintegriti’ yang dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Taiping Golf Resort, Taiping, Perak. Bengkel selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh Dato’ Supiah Bt. Md. Yusof, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi). Bengkel ini telah dihadiri seramai 50 orang kakitangan kumpulan sokongan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.



 

 

 













 

 
2008 IINPPi Hakcipta Terpelihara