PROGRAM IINPPi TAHUN 2007


Forum Pendidikan Integriti Pelanggan 每 4 Disember 2007
Majlis forum yang bertajuk ※Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Dan Kesejahteraan Masyarakat§ yang dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) bersama PUSPAKOM telah diadakan di Safira Country Club, Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang. Majlis Forum Pendidikan Integriti Pelanggan ini telah dirasmikan oleh Y.M.. Raja Mahmud Shah Al-Haj Raja Dato* Ibrahim, Ketua Divisyen Operasi PUSPAKOM. Majlis ini mendapat sambutan yang baik dan seramai 76 orang peserta telah pun menghadirkan diri dalam forum ini.


Sambutan Hari Integriti Peringkat Daerah 每 29 November 2007
Sambutan Hari Integriti Peringkat Daerah telah diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sambutan Hari Integriti ini dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dan Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan. Seramai 300 orang hadir ke majlis ini yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, agensi-agensi swasta dan juga orang awam.


Majlis Forum Dan Dialog Integriti 每 28 November 2007
Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengadakan satu forum dengan tema &Ke Arah Pengukuhan Integriti Pengurusan PBT*. Forum ini telah diadakan di Hotel Dorsett, Pulau Pinang dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato* Zainal Rahim Bin Seman. Seminar ini telah dihadiri seramai 26 orang Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) serta 25 orang Pegawai dan Ketua-Ketua Jabatan.


Seminar Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam 每 27 November 2007Seminar Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam yang dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ini telah diadakan di Auditorium A, Tingkat 5 KOMTAR, Pulau Pinang. Seminar yang bermula jam 8.30 pagi ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato* Zainal Rahim Bin Seman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dianggarkan seramai 300 orang Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengikuti seminar ini.


Seminar Integriti Keusahawanan 每 26 November 2007

Seminar yang bertema & Ke Arah Pengukuhan Integriti Industri Pembinaan* ini telah dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang. Seminar ini telah diadakan di Auditorium A, Tingkat 5 KOMTAR, Pulau Pinang dan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Tuan Hj. Shahawai Bin Awang. Seminar ini telah dihadiri oleh 132 orang wakil kontraktor-kontraktor di Negeri Pulau Pinang.


Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti 每
19 -21 November 2007

Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang telah mengadakan satu Bengkel Integriti :Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti§ bertempat di Hillcity Hotel, Ipoh, Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Korporat), Tuan Haji Samsudin Bin Bakar. Seramai 30 orang peserta yang terlibat dalam bengkel ini dan terdiri daripada Pegawai-Pegawai Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dari kumpulan Sokongan l ( Pembantu Teknik dan Juruteknik).


Forum Integriti Sektor Korporat 每 30 Oktober 2007

Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Association of Banks in Malaysia, Penang Sub-Committee telah menganjurkan Forum Integriti Sektor Korporat dengan tema ※Kedudukan Ekonomi Kewangan Yang Kukuh Bergantung Kepada Integriti Sesebuah Organisasi§ bertempat di Hotel Dorsett, Pulau Pinang. Forum selama 3 jam ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Association of Banks in Malaysia, Penang Sub-Committee, Tuan Haji Ahmad Daniyal Ahmed Tajul Ariffin. Forum ini telah berjaya dan mendapat sambutan yang baik dan seramai 48 pegawai telah menghadiri forum ini.


Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti 每
29 每 31 Oktober 2007

Satu Bengkel Integriti ※Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti§ telah diadakan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang bertempat di Puteri Bayu Beach Resort, Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Tuan Haji Shahawai Bin Awang. Seramai 31 orang peserta yang terlibat dan terdiri daripada Pegawai-Pegawai Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dari kumpulan Pengurusan Dan Professional.


Seminar Integriti Remaja Dan Kuiz Integriti Pelajar 每 28 Oktober 2007
Seminar Remaja Berintegriti Teras Kecemerlangan Negara dengan tema ※Pembangunan Remaja Yang Berintegriti§ serta Kuiz Integriti Pelajar ini telah dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dan Malaysia Indian Youth Council (MICY). Program yang diadakan di Auditorium Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan MIC & ADUN Perai, Y.B. Dato* Dr. K. Rajapathy dan seramai 350 orang pelajar telah menghadiri program tersebut.


Seminar Motivasi Kekeluaragaan 每 7 Oktober 2007

Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Malaysia Hindu Sangam Seberang Jaya, Pulau Pinang telah menganjurkan Seminar Motivasi Kekeluaragaan dengan tema ※Integriti Bermula Di Rumah§ bertempat di Dewan Perpustakaan Awam, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seminar kekeluargaan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang, Tuan Perumal. Seramai 70 orang pelajar telah menghadiri seminar ini.


Seminar Integriti Perkhidmatan Awam 每 12 September 2007
Satu Seminar Integriti Perkhidmatan Awam yang bertemakan ※Ke Arah Pemantapan Integriti Pegawai-Pegawai Penjara§ telah dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Jabatan Penjara Pulau Pinang. Seminar ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Penjara Pulau Pinang dan telah dirasmikan oleh Penguasa Penjara iaitu Tuan Mohd Nazri Bin Hamzah bagi pihak Pengarah Penjara Pulau Pinang. Seramai 180 orang Pegawai Penjara dan 20 orang kadet dari Sek. Men. Keb. Padang Polo telah mangambil bahagian dalam seminar ini.


Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti 每 20 & 22 Ogos 2007
Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan satu Bengkel Integriti ※Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti§ bertempat di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. Peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri daripada penjawat-penjawat awam dari kumpulan Pengurusan Dan Professional dan kumpulan Sokong l. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada penjawat-penjawat awam dari Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara, Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang.


Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti 每 24 & 26 Julai 2007
Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengadakan satu Bengkel Integriti ※Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti§ bertempat di Penang Golf Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang. Peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri daripada penjawat-penjawat awam dari kumpulan Pengurusan Dan Professional dan kumpulan Sokongan l. Seramai 35 orang peserta dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengikuti bengkel ini.


Bengkel Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti 每 23 每 25 Julai 2007
Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengadakan satu Bengkel Integriti ※Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti§ bertempat di Hotel Cititel, Pulau Pinang. Peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri daripada penjawat-penjawat awam dari kumpulan Pengurusan Dan Professional dan kumpulan Sokong l. Seramai 35 orang peserta dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengikuti bengkel ini.


Forum Integriti Sektor Korporat 每 20 Julai 2007

Forum Integriti Sektor Korporat dengan tema ※Ke Arah Mewujudkan Kerjasama Kerajaan dan Sektor Korporat Dalam Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional§ telah dianjurkan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan Pulau Pinang serta Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diadakan di Hotel Dorsett, Pulau Pinang. Forum ini telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhammad Yusoff Wazir bagi mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Seramai 157 orang telah menghadiri forum ini dan majoritinya terdiri daripada peneraju utama dan pengurusan kanan pelbagai bidang sektor swasta.















 

 
2008 IINPPi Hakcipta Terpelihara