PROGRAM IINPPi TAHUN 2009

Bengkel Integriti &Pembangunan Individu & Perkhidmatan Awam Berintegriti* 每 24 & 25 April 2009
Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUK) telah menganjurkan satu bengkel integriti &Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti* bertempat di Bilik Tayangan Multimedia, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Bengkel selama dua hari ini telah disertai oleh 58 orang pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUK).


Program Kesedaran Integriti Untuk Pelajar Sekolah Rendah
每 22 April 2009
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan kerjasama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) telah mengadakan satu program untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Program ini telah diadakan di Bilik Persidangan, PDC dan dirasmikan oleh Dato* Rosli bin Jaafar, Pengurus Besar PDC. Program ini dihadiri seramai 39 orang pelajar dari empat buah sekolah rendah. Program ini adalah program yang pertama dijalankan oleh IINPPi untuk pelajar sekolah rendah dan telah mendapat maklumbalas yang positifdaripada keempat-empat buah sekolah yang mengambil bahagian di dalam program ini.


Seminar Induksi Integriti Dan Motivasi Kerja
每 21 April 2009

Satu seminar integriti yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) telah diadakan di Bilik Seminar, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seminar ini telah dihadiri seramai 50 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


Bengkel Integriti &Pembangunan Individu & Perkhidmatan Awam Berintegriti* 每 14 & 15 April 2009
Bengkel Integriti &Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti* adalah anjuran bersama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Annex, Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang dan seramai 28 orang peserta dari kumpulan Pengurusan & Pofesional dan kumpulan Sokongan yang telah hadir mengikut bengkel yang dijalankan selama dua hari ini.


Ceramah Induksi Integriti 每 10 April 2009
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk &Memupuk Integriti Dalam Setiap Individu*. Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dijemput untuk menyampaikan ceramah ini yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Jabatan Imigresen Seberang Jaya dan seramai 39 orang peserta telah hadir ke program ini.


Ceramah Induksi Integriti 每 6 April 2009
Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) telah mengadakan satu taklimat integriti yang bertajuk Induksi Integriti kepada semua warga PDTSPU. Ceramah ini telah diadakan di Bilik Gerakan Perdana, PDTSPU dan seramai 96 orang kakitangan yang telah hadir ke taklimat ini.


Ceramah Induksi Integriti 每 1 April 2009
Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUK) telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk Induksi Integriti. Ceramah ini telah diadakan di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR dan seramai 232 orang kakitangan perkhidmatan awam dari pelbagai jabatan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Sokongan 1/2 telah menghadirkan diri ke ceramah ini.


Seminar Induksi Integriti Dan Motivasi Kerja 每 26 Mac2009
Satu seminar integriti yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah (JKS) dengan kerjasama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) telah diadakan di Dewan Sri Pinang. Seminar ini telah dihadiri seramai 23 orang pegawai dan kakitangan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Sokongan 1/2.


Bengkel Integriti &Pembangunan Individu & Perkhidmatan Awam Berintegriti* 每 24 & 25 Mac 2009
Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUK) telah menganjurkan satu bengkel integriti &Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti* bertempat di Bilik Tayangan Multimedia, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Bengkel selama dua hari ini telah disertai oleh 58 orang pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUK).


Seminar Induksi Integriti Dan Motivasi Kerja 每 23 Mac 2009
Satu seminar integriti yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) telah diadakan di Bilik Pelangi 1, Tingkat 18, KOMTAR. Seramai 39 orang pegawai dan kakitangan yang hadir ke seminar tersebut.


Ceramah Induksi IntegritiI 每 20 Mac 2009
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah menjemput Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) untuk mengadakan satu ceramah yang bertajuk Induksi Integriti. Program yang dihadiri seramai 69 orang pegawai dan kakitangan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Sokongan ini telah diadakan di Bilik Bankuasi, Bangunan Sri Weld, SPPP.


Ceramah Induksi IntegritiI 每 14 Mac 2009
Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) telah dijemput oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan satu ceramah yang bertajuk Induksi Integriti. Program ini telah diadakan di Hotel Star City, Alor Setar, Kedah. Seramai 48 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kesihatan kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Sokongan telah menghadiri program tersebut.


Bengkel Integriti &Pembangunan Individu & Perkhidmatan Awam Berintegriti*
每 11 & 12 Mac 2009

Bengkel Integriti &Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti* adalah anjuran bersama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Annex, Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang dan seramai 23 orang peserta dari kumpulan Pengurusan & Pofesional dan kumpulan sokongan yang telah hadir mengikut bengkel yang dijalankan selama dua hari ini.


Retreat Intergriti 2009 每 26 hingga 28 FebruarI 2009
Retreat selama tiga hari dua malam ini telah diadakan di Jerejak Resort & Spa, Pulau Jerejak, Pulau Pinang dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Zaini bin Husain (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri - Pembangunan). ※Integriti Menjana Pembangunan Modal Insan & Integriti§ merupakan tema yang telah dipilih untuk program &Retreat Integriti 2009* ini. Optimis dengan sebarang perubahan dalam pelbagai bentuk cabaran ataupun halangan yang tidak dijangka di masa hadapan, Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) bertanggungjawab dan bersedia menggerakkan usaha memantau serta memperkemaskan lagi pembudayaan integriti kepada seluruh komponen masyarakat Negeri Pulau Pinang terutamanya kakitangan sektor awam khasnya mahupun sektor swasta.


Ceramah Induksi IntegritiI 每 19 Februari 2009
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menjemput Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) untuk memberi ceramah berkenaan Induksi Integriti. Program ini telah diadakan di Hotel Copthome Orchid, Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan seramai 115 orang peserta yang telah hadir ke program tersebut.



Bengkel Integriti &Pembangunan Individu & Perkhidmatan Awam Berintegriti* 每 18 & 19 Februari 2009
Bengkel Integriti &Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti* adalah anjuran bersama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bengkel ini telah diadakan di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR dan seramai 72 orang peserta yang telah hadir mengikut bengkel yang dijalankan selama dua hari ini.



Bengkel Integriti &Pembangunan Individu & Perkhidmatan Awam Berintegriti* 每 21 & 22 Januari 2009
Bengkel Integriti &Pembangunan Individu Dan Perkhidmatan Awam Berintegriti* adalah anjuran bersama Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam bengkel ini terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional dan kumpulan Sokongan 1/2. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Sri Pinang dan seramai 40 orang peserta hadir mengikut bengkel yang dijalankan selama dua hari ini.

 

 













 

 
2008 IINPPi Hakcipta Terpelihara