IKHLAS

Projek I.K.H.L.A.S. didefinisi sebagai I 每 INTEGRITI, K 每 KETELUSAN, H 每 HARMONI,
L 每 LUHUR, A 每 AMANAH dan S 每 SETIA. Objektif projek ini adalah bagi menerapkan budaya integriti di samping membentuk jati diri setiap kakitangan awam dalam usaha memperkukuhkan kualiti modal insan serta mempraktikkan sifat-sifat yang terdapat dalam I.K.H.L.A.S. dalam menampilkan kakitangan perkhidmatan awam yang berintegriti dan berpekerti luhur.

Projek ini bakal dilaksanakan di semua jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, di mana KEMPEN I.K.H.L.A.S. bakal diadakan selama 6 bulan dengan menggalakkan pemakaian lencana (button badge) oleh semua kakitangan awam. Pemantauan dan penyelidikan akan dijalankan oleh IINPPi dari semasa ke semasa dan selepas tempoh kempen, yakni hasil daripada data-data yang terkumpul sama ada dari segi pemerhatian atau borang kaji selidik akan dikaji serta dikenalpasti bagi mendapat keberkesanan kempen secara menyeluruh.

Semoga dengan pelaksanaan projek ini, semua jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik dalam merealisasikan pencapaian objektif Pelan Integriti Nasional (PIN) iaitu masalah rasuah, salah guna kuasa, karenah birokrasi dan kelemahan sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam.


 

Sila Muat Turun:







 
2008 IINPPi Hakcipta Terpelihara