PENGENALAN

Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPi) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1960. IINPPi ditubuhkan bagi menyahut seruan YAB Perdana Menteri bagi melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan pelan Integriti Nasional (PIN) di peringkat negeri.

IINPPi akan berganding bahu dengan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan lain-lain agensi pelaksana bagi memantau dan menggerakkan usaha membudayakan integriti kepada seluruh komponen masyarakat.

IINPPi ditubuhkan pada 12 Oktober 2006 dan mula beroperasi dari pejabatnya mulai pada 15 Mei 2007.

Halatuju IINPPi dipandu dan dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

OBJEKTIF IINPPi

Mewujudkan sebuah masyarakat yang berintegriti, beretika dan berbudi pekerti luhur dengan semua warganya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan, menghayati nilai-nilai murni sejagat dan prinsip-prinsip moral yang utuh.

VISI

Bertekad menjadi institusi yang berwibawa dan dihormati untuk membudayakan Integriti ke dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat.

MISI

Membudayakan dan menggalakkan Integriti sebagai cara hidup kepada semua warga dan komponen masyarakat melalui pelaksanaan dan pemantauan program-program pengukuhan Integriti, etika dan nilai-nilai murni yang terancang dan berkesan.



FUNGSI-FUNGSI IINPPi

  • Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan masyarakat;

  • Menganjurkan persidangan, seminar dan forum;

  • Menghimpun pendapat pelbagai sektor mengenai kemajuan atau halangan kepada pelaksanaan integriti;

  • Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak, menggubal melaksanakan program-program latihan dan pendidikan;

  • Mengemukakan perakuan-perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika;

  • Membangunkan pangkalan data mengenai integriti dan etika;

  • Memberikan khidmat nasihat mengenai program-program dan strategi-strategi bagi meningkatkan integriti; dan

  • Mewujudkan jaringan dengan organisasi-organisasi di semua peringkat bagi membolehkan peranan dan sumbangan IINPPi diiktiraf.


    BUDAYA DAN NILAI-NILAI ORGANISASI

    Integriti ĘC Mengamalkan nilai-nilai integriti dalam semua situasi tindakan, pertuturan dan minda sebagai teras budaya kerja.

    Kualiti ĘC Memastikan tahap kualiti yang maksimum dalam semua modul program penggalakan, khidmat nasihat dan penyampaian maklumat.

    Semangat Kerjasama ĘC Mengamalkan nilai-nilai integriti dalam semua situasi tindakan, pertuturan dan minda sebagai teras budaya kerja.

    Keterbukaan ĘC Bersedia menerima teguran dan mempertimbangkan semua cadangan dalam melaksanakan fungsi-fungsi kami bagi merealisasikan Misi dan Visi organisasi.

 

 







 

 
2008 IINPPi Hakcipta Terpelihara